Islamic Widget

Wednesday, July 4, 2012

KEPENTINGAN TAWAKAL DALAM HIDUP KITA :)


Tawakal secara bahasa beerti berserah diri, memperayakan diri, atau mewakilkan. Mururut syariah, tawakal bermakna mempercayakan diri kepada Allah dalam melaksanakan suatu rancangan, bersandar kepada kekuatanNya dalam melaksanakan suatu pekerjaan, dan berserah diri di bawah perlindunganNya pada waktu menghadapi kesukaran.
Tawakal berkaitan dengan sebuah rencana yang tetap atau kemahuan yang disertai dengan ikhtiar dalam melaksanakan rencana itu. Ikhtiar dilakukan dalam rangka memenuhi aturan atau sunnatulah dengan tetap berkeyakinan bahawa yang menentukan hasilnya adalah Allah. Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya” (Ath- Thalaq: 3)


Kekeliruan yang sering terjadi dalam mendefinisikan tawakal adalah berdiam diri tanpa ikhtiar sama sekali.


Banyak dalil dalam Al-Qur’an dan hadith yang menjelaskan pentingnya ikhtiar, usaha, dan bekerja. Sikap tawakal seharunya muncul dalam proses ikhtiar, iaitu after put as much effort as u can, and then u will get the result, banyak ataupun sedikit. Dalam sebuah hadith digambarkan:


“telah datang kepada Rasulullah seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang dikendarainya terlepas begitu saja dipintu masjid, tanpa ditambatkan terlebih dahulu. Dia bertanya: “ Ya Rasulullah! Apakah unta itu saya tambatkan lebih dahulu kemudian saya tawakan, atau saya lepaskan begitu sahaja dan sesudah itu saya tawakal?” Rasulullah menjawab, “ Tambatkan lebih dahulu dan kemudian bertawakallah engkau!”


Tawakal termasuk pekerjaan hati dalam menghadapi sesuatu persoalan atau pekerjaan, dimana manusia merasa bahawa dengan kekuatan sendiri tidak akan sanggup menghadapinya tanpa bersandar kepada kekuatan Allah. Bentuk penyataan dari keyakinan tersebut dipancarkan keluar dengan mengucapkan “ Hasbiyallah wa ni’mal wakiil” (Allah cukup bagiku dan Dia sebaik-baik Penjaga), “La hawla wa laa quwwata illa billaah” (Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah)


Penerapan tawakal pada prinsipnya meliputi segala urusan dan pekerjaan yang baik dan segala urusan dan pekerjaan yang baik dan segala keadaan yang sulit. Bila segalanya dipersiapkan dengan matang, maka selainnya diserahkan kepada ketentuan Allah. Dia yang Maha Bekehendak dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


“Apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati maka bertawakallah kepada Allah” (Al-Imran:159)
Dalam kegiatan ekonomi dan berusaha mencari rezeki untuk memenuhi keperluan hidup, hendaklah disertai dengan tawakal.(p/s: ayat dibawah dikenali jgak sbg ayat seribu dinar, adalah digalakkan untuk kita mengamalkannya)


“Siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan), dan akan diberikan rezeki dari jalan yang ia tidak diduga, kerana barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya yang dikehendakiNya”(Ath-Thalaq:2-3).
Sewaktu menghadapi musuh dalam peperangan, setelah mempersiapkan segala kelengkapan perang dan mengatur taktik dan strategi yang jitu, disertai dengan kekuatan mental, dan bertawakal kepada Allah. Disebalik kekuatan alat, otot, dan otak harus dilandasi dengan kekuatan hati. Demikian sikap tawakal yang telah dihayati oleh tentera Islam dalam pelbagai perang, antara lain perang Ahzab.


“dan ketika mukminin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, “Inilah dia yang dijanjikan kepada kita oleh Allah dan RasulNya, dan benar Allah dan RasulNya. Dan tiadalah menambah bagi mereka melainkan iman dan penyerahan diri (kepada Allah)” (Al-Ahzab:22).
Ketika menghadapi bencana dan bahaya yang akan menimpa juga diperlukan tawakal. Pada saat-saat genting, ketika harta dan kawan tidak dapat lagi memberikan pertolongan, maka Allah boleh menolong dan menyelamatkan orang yang bertawakal. Diriwayatkan daripada Ibnu “Abbas bahawaNabi pernah bersabda:


“akhir kalimat yang diucapkan oleh Ibrahim ketika dicampakkan kedalam api adalah : Hasbiyallah wa ni’mal wakiil”.
Ketika hendak tidur pun, dimana kita kehilangan kekuatan dan tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang waktu tidur, maka hendaklah kita bertawakal kepada Allah, mempercayakan diri dalam perlindunanNya, sebagaimana doa yang diajarkan oleh Rasulullah,


“Ya Allah, aku menyerahkan diri kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, dan aku menyerahkan kekuatanku kepadaMu, kerana takut dan cinta kepadaMu. Tidak ada tempat berlindung dan tidak ada tempat lari melainkan kepadaMu. Aku percaya kitab yang Engkau turunkan dan nabi yang Engkau utus” (HR Bukhari)
Banyak rahsia hidup yang tidak kita ketahui. Kerananya, kepada Allah sajalah kita berharap kurnia. Kita memang boleh berhitung, tentang apa saja. Juga tentang hidup yang berliku-liku ini. Tetapi, hidup tidak selamanya berjalan dalam hitungan biostatistics yang boleh kita kira P-value untuk melihat significance level sama ada reject null hypothesis atau tak, bukan juga hidup ini semudah kita measure incidence and prevalance seperti dalam epidemiology.
Tetapi, ada ruang lain yang harus kita yakini dalam hidup kita keseluruhannya, iaitu kekuasaan Allah. Itulah ruang yang perlu kita penuhi. Kita semua adalah hamba Allah Yang Maha Kuasa. Kerananya kita perlu pada kekuatan, pertolongan dan dukungan Allah. Tidak ada yang boleh hidup tanpa pertolongan Allah. Allah berfirman,


“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu. Dan jika Allah membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan), maka siapakah yang dapat menolong kamu (selain dari Allah) sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sajalah orang-orang mukmin bertawakal” (Al-Imran:160).

Monday, June 4, 2012

TAWAKKAL




Alhamdulliah, exam dah habis. Tinggal OSPE je lusa.habis je exam, pen pun abih dakwat, pensel tekan-tekan pun terus rosak.xpe, yang penting Allah dah permudahkan urusan saya. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah bertawakkal kepada Allah.

Teringat saya kepada kata-kata naqibah saya, nilaian manusia tak sama dengan nilaian Allah. Manusia menilai kita hanya time exam je, only a given period. Manusia menilai kita dengan mengukur result kita. Tapi Allah menilai kita dengan usaha kita, a long perid since we put our effort into this (it's like we do a cohort study la, follow-up kan).  Allah tak pernah sekali pun missed dalam menilai kita. Tak pernah missed walaupun satu point. 

Jadi, pentingkanlah nilaian Allah berbanding nilaian manusia. Sudah tentu terlalu banyak beza pada nilaian itu. Denagn meletakkan harapan yang penuh pada nilaian Allah, bererti kita tawakal padaNya. bererti kita bergantung harap, percaya sepenuhNya kepadaNya. walau apa pun result yang kita dapat, kita tetap yakin dan percaya pada taqdirNya. Keyakinan dan kepercayaan itulah asas kekuatan iman kita. 

Bukan result yang tinggi yang perlu kita kejar, supaya manusia boleh memandang tinggi pada kita. Bukan dengan penilaian manusia kita boleh yakin kita boleh hidup berjaya di dunia, apatah lagi diakhirat. Tapi, denagn usaha yang kita letakkan, supaya Allah jadikan setiap saat usaha yang kita letakkan sebagai tanaman untuk kita bercucuk tanam untuk saham akhirat nanti. 


Jadi, perlu diingat, dalam setiap usaha kita, perlu dimulakan dengan niat kerana Allah, diringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Baginda berpesan lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menerima sesuatu amalan itu melainkan ia dilakukan dengan ikhlas (jujur) semata-mata kerana-Nya saja.” (Hadis riwayat An-Nasa’i) . Kemudian, bertawakallah kepada Allah. Percaya kepadaNya dan taqdirNya. 



“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya” (Ath- Thalaq: 3)


Allahua'lam. doakan saya lulus OSPE dgn cemerlang ye Rabu ni :)







Friday, June 1, 2012

Hukum Newton Pertama


Ramai pasti mengetahui bahawa Sir Isaac Newton merupakan salah seorang saintis paling berpengaruh di muka bumi ni. Diantara teori hebat yang pernah disebut oleh beliau adalah HUKUM GERAKAN NEWTON PERTAMA yang menyatakan bahawa : “setiap objek akan kekal dalam keadaan  asalnya, sama ada bergerak atau terus bergerak, atau pegun hidup segan mati tak mahu, selagi tiada daya luar bertindak ke atasnya”

Ertinya, dalam kehidupan ini, akan kekal di dalam keadannya sekarang, andai tiada daya luar atau momentum yang dikenakan ke atasnya. 
Basikal akan terus bergerak, selagi daya dalam bentuk geseran yang terhasil dari brek tidak menghentikan pergerakannya.Sebiji bola pula akan kekal pegun, selagi Cristiano Ronaldo, atau lionel Messi, atau Safee Sali tidak menghadiahkan daya dalam bentuk sepakan kepadanya.Yang hitam akan terus hitam, yang putih akan terus putih , hidup akan terasa hambar, tanpa adanya daya atau momentum yang diketengahkan ke atas kanvas bernama kehidupan.

Jadi, wajarlah Allah yang Maha Mengetahui, telah mendahului  Newton dalam perihal ini, firmanNya, “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri”. Ertinya, sebuah umat Islam itu tidak akan kekal di dalam keadannya, andai mereka tidak mengenakan “daya” dan “momentum” untuk mengubah kisah sedih kehinaan nasib mereka.

Usahlah mendamba untuk menjadi umat yang terbaik, andai usaha-usaha tarbiyah dan penyedaran umat tidak dilakukan secara intensif. Usah pula berharap tertubuhnya sebuah Negara Islam, andai maksiat dan penyelewengan masih dibiarkan berleluasa dan bermaharajalela. Usah merindu pertolongan Allah, andai umat tidak berusaha agar layak untuk mendapatkannnya. Apakah kemenangan akan datang, kemuliaan menjengah, dan kebahagiaan mengabadi, sedang insane tiada langsung kesungguhan dan pengorbanan untuk mendapatkannya?

Apakah anda kira, dengan hanya bermimpi, dan berangan, itulah momentum perubahan? Bukannya hidup yang dipenuhi air mata dan darah berkat daripada pengorbanan. Apakah anda meragui betapa hidup ini satu perjuangan. Sedang nas-nas Al-Qur’an juga nas-nas saintifik kelolaan Newton, kedua-duanya telah menyepakati keperluannya?

“Apakah kau kira bahawa kamu semua akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu apa yang dilalui oleh orang-orang yang sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncang (pendirian) mereka, sehingga berkatalah Ar-Rasul dan orang- orang beriman bersamanya, “bilakah akan datang pertolongan Allah?” ingatlah, pertolongan Allah amat dekat. (Al-Baqarah:214)
Marilah berikan masa kita untuk Islam, seperti mana masa yang kita berikan untuk memenuhi tuntutan kehidupan, agar masa-masa yang kita berikan itu menjadi “momentum’ yang meniupkan angin perubahan kepada nasib malang umat Islam yang kian berpanjangan. Dan newton pun tersenyum riang, kerana kita memahami teori yang dikemukakan J

Rujukan: Majalah Jom Isu 1

pesanan penaja:
buatlah perubahan dalam diri kita..jadikan setiap hari kita lebih baik daripada semalam..

hadis nabi ada mengatakan,

Barang siapa amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.
Barang siapa amalannya hari ini sama dengan yang semalam,dia orang yang rugi.
Dan barang siapa amalannya hari ini lebih buruk dari semalam,dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T..



jom sama-sama tingkatkan paradigma diri...tp ingat perubahan itu mestilah dimulakann dgn niat yg baik..insyaAllah Allah permudahkan..

Jom Jadi Baik~



Wednesday, September 28, 2011

Opick featuring Amanda - Maha Melihat (Super HQ Audio/Video)

Ya Allah, I need You..

Oh Allah...
I said 2 you: I'm in pain
You said: 'Do not despair of the mercy of Allaah' (39:53)

I said 2 you: Nobody knows what is in my heart
You said: 'Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest' (13:28)

I said 2 you: Many people hurt me You said: 'So pardon them and ask forgiveness for them' (3:159)

I said 2 you: I feel I'm alone
You said: 'We are closer to him than [his] jugular vein' (50:16)

I said 2 you: My sins are so many
You said: 'And who can forgive sins except Allah?' (3:135)

I said 2 you: Do not leave me
You said: 'So remember Me; I will remember you...' (2:152)

I said 2 you: I'm facing a lot of difficulties in life
You said: 'And whoever fears Allah ? He will make for him a way out' (65:2)

I said 2 you: I have many dreams that I want to come true
You said: 'Call upon Me; I will respond to you.' (40:60)

Subhan'Allah!!!!