Islamic Widget
Wednesday, October 13, 2010
Tuesday, September 7, 2010
Erti Cinta Althafunnisa

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah
cuka jadi anggur,
...mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi
ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta...
" Sekalipun cinta telah kuuraikan
dan kujelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara
pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta akal terbaring tak berdaya
bagaikan keledai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..!"
Sunday, September 5, 2010
rahmat ujian ^_^
Abu Hurairah r.a katanya: Ketika diturunkan ayat: مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ Yang bermaksud: Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu. Orang-orang Islam merasa amat sedih tetapi kemudiannya Rasulullah s.a.w bersabda: Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri. [HR Muslim: no 4671]Lihat. Walau hanya tercucuk duri sekalipun, ia dikira sebagai kafarah dosa kita; meleburkan karat-karat dosa yang berlumuran dalam diri kita. Inikan lagi dengan dugaan, ujian, musibah dan kesusahan yang sedikit Allah timpakan kepada kita. Kerna itu, bersabarlah duhai hati...
itu tanda kasih sayangNya.
semakin diuji, semakin sayang Dia kepadamu.
hanya Dia yang tahu apa terbaik buatmu. ya, hanya Dia.
oleh itu, yakinlah.
yakin, yakin dan terus letakkan keyakinanmu itu kepadaNya. sepenuhnya.
Dia tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya. tidak akan, walau sekali.
lalu, bersangka baiklah kepadaNya.
pasti ada hikmah yg tersirat. pasti ada sesuatu yg berharga untukmu.
yakinlah.
usahamu bukan sia-sia.
jatuhmu bukan sia-sia.
gagalmu bukan sia-sia.
sakitmu bukan sia-sia.
deritamu bukan sia-sia.
dukamu bukan sia-sia.
susahmu bukan sia-sia.
bila kau tahu semuanya itu dariNya.
Tuhan yang menciptakan; kesenangan dan kesukaran, kebahagiaan dan kesedihan.
bersangka baiklah kepadaNya.
air matamu bukan sia-sia.
lelahmu bukan sia-sia.
peritmu bukan sia-sia.
letihmu bukan sia-sia.
penatmu bukan sia-sia.
bila kau lakukan sesuatu itu hanya keranaNya.
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". [HR Bukhari]
Saturday, September 4, 2010
iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam
Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud:
"Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan"
(Surah al-Qadr, ayat 3).
Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr
Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.
Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."
Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya:
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.
Hikmah dirahsiakan kehadirannya
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.
Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.
Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Fokus umat pada malam tersebut
Menghayati malam tersebut dengan ibadah.
Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.
Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!
Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat
Fadilat Lailatul Qadr
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :
(Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).
(sumber yang sama - 6342)."
iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam
Sunday, August 15, 2010
Ujian tarbiyah dari Allah ^_________^

Assalamualaikum..
entry kali ni, ubat untuk nuraniku..
aku yg merasakan lemah menghadapi ujian dariNya..
aku yang kerdil ini..
inilah ubat jiwa kte..
pabila kte berasa sedih dan lemah..
kte kembali padaNya..
hanye padaNya tempat kte mengadu..
Ujian umpama guru yang tidak bercakap, tetapi sangat mengajar dan mendidik. Sama ada ujian itu kecil atau besar ia adalah takdir Allah. Semua ujian ada maksud tertentu tetapi kerana jahil, apabila ditimpa ujian secara langsung atau tidak, kita cepat melatah dan marah.
Justeru, kadang-kadang kita rasa Allah tidak adil atau sengaja menyusahkan kita. Kalau ujian datang dari orang, orang dendam, marah dan tidak menghormati kita, kita juga cepat dendam dan buruk sangka. Yang dahsyatnya hati kita buruk sangka pada Allah.
Nabi Muhammad s.a.w pernah dilontar dengan batu sampai berdarah ketika menyampaikan dakwah. Darah baginda s.a.w mengalir hingga ke kaki. Tapi baginda s.a.w tidak berdendam pada orang yang melakukannya. Kita pulak konon-kononnya berbangga menjadi umat baginda s.a.w, tapi bila diuji sikit je atau orang buat khianat, dah mula nak berdendam. Wallahu yuhibbussobirin. Renungkan...
Sebenarnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Jauh sekali takdir Allah untuk menyusahkan hamba-Nya. Ujian sebenarnya untuk melatih kita memiliki sifat-sifat terpuji seperti sabar, reda, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, supaya kita makin susah makin dekat dengan Allah, makin mengharap pada pertolongan Allah.
Cuba fikir, tentu kita suka bila orang lain luahkan masalah pada kita. Menunjukkan bahawa kita adalah orang yang dipercayai oleh orang tersebut. Suka x bila orang lain beri kepercayaan pada kita? Dah tentu jawapannya SUKA. TAPI!!!!!! Allah lagi suka bila kita ingat pada-Nya. Sebab itulah Allah selalu bagi ujian pada kita. Supaya kita sentiasa ingat pada-Nya. Kalau kita sentiasa senang, mungkin kita lupa pada Allah.
Ujian hidup juga mengajar kita merasai dunia hanya nikmat sementara. Ujian juga menanamkan akidah betapa berkuasa Allah. Apa kuasa Allah? Allah boleh memberi dan mengambil bila2 masa. Setiap ujian menunjukkan Allah boleh memberi dan mengambil di mana sahaja. Ujian juga mengajar kita membesarkan Allah, boleh memberi dan mengambil apa cara sekalipun.
Jadi, dengan ujian kita makin dekat dengan Allah. Dengan ujian juga menanam sikap supaya berasa diri berdosa. Sebab tu bila kita susah, kita biasa nya akan ingat pada Allah. Ingat Allah adalah satu rezeki malah satu ibadah. Senang dan kaya kadang-kadang membawa alpa, maka dengan ujian kita akan ingat pada Allah. Cuba renungkan... masa kita senang, adakah kita ingat pada Allah?
Ujian umpama guru, mengajar kita supaya tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala juga bentuk ujian kesalahan dan dosa yang kita lakukan diketahui ramai orang. Sebenarnya bukan untuk Allah menghina kita, tetapi untuk memberikan peringatan supaya kita bertaubat dan tidak meneruskan dosa itu. Memang kadang-kadang dosa itu sebenarnya pembalasan dan hukuman. Kita semua tahu setiap perbuatan dosa mesti dihukum sama ada di dunia atau akhirat.
Insan yang dikasihi Allah akan menerima hukuman di dunia dan Allah selamatkan di akhirat. Cara hukuman di dunia ada pelbagai, antaranya di datangkan kesusahan, kesedihan, penderitaan, kehilangan orang tersayang, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh, hilang kuasa dan macam-macam lagi ujian.
Sekiranya kita boleh bersabar dan reda, kita bukan saja makin hebat, malah dosa digugurkan dan kedudukan kita di sisi Allah makin tinggi. Kalau mengeluh, tidak reda, merungut dan memberontak akan menambahkan lagi dosa kita.
Begitulah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambanya. Bila Allah sayang pada seseorang, Allah akan bagi ujian. Makin sayang Allah pada seseorang, makin berat ujian Allah. Allah tidak hukum kita di akhirat kerana penderitaan di neraka berpuluh kali ganda lebih dahsyat.
Jadi kalau kita ditimpa kesusahan, anggaplah itu balasan yang menyelamatkan kita di akhirat. Kalau kita ditakdirkan miskin sebenarnya Allah nak latih diri kita sabar dan reda. Allah tidak takdirkan kita kaya sebab Allah sudah tahu kalau kita kaya, kita akan jadi sombong, bakhil dan mudah terdedah dengan dosa kekayaan. Pendek kata, orang mukmin apabila datang ujian mereka sabar, kalau miskin mereka reda, kalau menjadi pemimpin mereka berlaku adil, kalau menjadi pengikut mereka taat. Malah kalau dia bersalah, dia memohon maaf dan kalau tidak bersalah dia memberi maaf.

Kehidupan
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

