Islamic Widget

Showing posts with label kalam nurani ^_^. Show all posts
Showing posts with label kalam nurani ^_^. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Tunjukkan Aku Jalan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang
Selawat kepada Nabi Junjungan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

"(Ya Allah) Tunjukkan aku jalan yang lurus!" (1:6)

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian,

Bertemu kembali setelah lama tidak menulis..


Aku manusia biasa..

yang tak terkecuali daripada melakukan kesilapan..

Mungkin satu mase dulu aku pernah melakukan kesilapan..

ya! dulu aku x sedari kesilapan yang aku lakukan..

Tapi kini, Allah buka hati aku untuk muhasabah diriku..

Menyedari kesilapan mase lalui,kadang2 aku rase seperti tak layak untuk berdepan dgn manusia lagi..

Aku berasa masa depan ku gelap..Masih adakan peluang dan jalan untukku??

Tapi, alhamdulillah..dengan mase yang lame, Allah berikan aku kekuatan..

Aku kumpulkan kekuatan untuk menghadapi segalanya..

Berhadapan dgn masalah mase lalu dgn memandang mase depan..

bukan terus kecewa dgn masa lalu..

Lantas, aku mohon Kau tunjukkan aku jalan untuk menghadapinya..

Kekadang kita teralpa bahawa kita memohon Allah minimum 17 kali sehari untuk ditunjukkan jalan yang lurus. Namun kekadang kita terlupa bahawa bagaimanakah jalan yang lurus tersebut?

Allahu a'lam. Allah Maha Mengetahui jawapan tersebut. Cuma dalam kita menerawang dan meneruskan kehidupan, maka kita perlulah menggunakan akal yang ada untuk mengkaji ayat ini lantaran Fatehah itu adalah surah yang merangkumi segala ajaran di dalam Quran dan ia dikenal sebagai Ummul-Kitaab.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Qur'an 3:31)


Bila hati menyulur sepi,

bayang seakan hilang puncanya,

pergi berlari sebuah mimpi,

akhirnya igauan ngeri bertandang jua...

PadaMu aku berserah segala,

Bukakan jalan untuk ku tempuhi,

Pada mu jua aku meminta,

padamu juga aku berserah,

Saat tiada lagi manusia yang boleh aku percaya,

Saat hati bergelodak kencang,

Saat fikiran melayang entah kemana,

Bisikan durjana makin menggoda,

makin menghantui..

Butir bicara berperang di dalam,

Naluri anugerah berbisik2...

seolah tersekat di kerongkong yang dalam,

rasa perit itu mana tempat utk diluahkan....

Sungguh pedih....

Tp aku masih disini.. berdiri teguh...

mengharap impian ku tidak akan musnah,

mengharap impian itu akan terbuka luas..

Ya Allah.. tunjukkan aku Jalan itu...

p/s:di jalan perjuangan ini, dlm jihad dan hijrah ke arah yg lebih baik, aku harapkan doa dan juga sokongan dari sahabat2 ^_^

Sunday, August 8, 2010

seandainya cinta itu nk diberi..


“Ya Rabbul izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seorang yang merindui syahid dijalanmu.Ya Allah, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihmu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihmu, janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan pada cinta hakiki dan pada rindu abadi hanya kepadaMU”

Indahnya hidup ini jika bait-bait doa di atas sentiasa meniti dibibir manusia yang mengharapkan cinta Allah sepenuh hati.Nikmatnya hidup ini jika semua manusia sedar bahawa cinta Allah lah yang hakiki dan kekal selamanya di dunia mahupun di akhirat kelak…Tapi kenapa hanya cinta manusia yang dikejar???

Setiap manusia pasti mempunyai rasa ingin mencintai dan dicintai kerana itu fitrah manusia yang dikurnia oleh Allah.Rasa cinta pasti wujud dalam hati kita tetapi yang menjadi persoalan sekarang,adakah kita mengerti hakikat sebenar cinta dalam erti kata kehidupan yang hanya sementara ini.Bila berbicara tentang cinta,pasti ada yang menguntum senyuman malah ada juga yang mempamerkan riak kesedihan.Namun adakah pengertiaaan mereka selaras dengan tuntutan islam mengenai cinta?

Bila ditanya tentang cinta,kebanyakan remaja menggambarkan cinta manusia semata-mata sedangkan cinta itu hanya sementara.Terlalu sedikit remaja ingin bercakap mengenai cinta Allah meskipun cinta inilah yang kekal dan pasti kita tidak bertepuk sebelah tangan apabila kita mencintai Allah kerana sesungguhnya Allah pasti mencintai dan menyayangi hambaNya yang memberi sepenuh hati kepadaNya.Ingatlah bahawa apabila kita mencintai Allah melebihi segalanya,apabila kita sentiasa dekat denganNya,apabila hati kita terikat denganNya,apabila amalan seharian kita ikhlas hanya kerana Allah dan hati kita nan satu diberikan sepenuhnya pada Allah.InsyaAllah, ketenangan, kegembiraan, kejayaan adalah milik kita kerana Allah sentiasa disisi dan sentiasa melindungi kita dalam apa jua keadaan samada kita dalam kesedihan atau kegembiraan serta yakinlah bahawa tidak akan terjadinya sesuatu melainkan dengan keizinanNya…tetapi sebaliknya,adakah anda pasti kekasih pengarang jantung kita akan sentiasa berada disisi kita apabila kita ditimpa kesusahan atau dalam kesedihan??kalangan kita selalu bercakap “kawan ketika gembira ramai,tetapi susah nak cari kawan tatkala kita dalam kesusahan”…RENUNGKANLAH


“Sesungguhnya, biarlah cinta Allah itu ditakluki sebelum cinta manusia dijejaki, agar persediaan itu ada, agar kebenaran itu nyata, agar keredhaan dapat dipupuk, agar kenyataan dapat diterima andai dugaan kasih menyapa”


Dalam realiti hidup ini, apabila remaja dilamun cinta manusia, kelalaiaan itu pasti menemani sehinggakan kita lupa pada Allah.Kadang-kadang sehingga membuatkan kita mengagungkan atau memuja kekasih hati yang hakikatnya mereka jua hanya manusia seperti kita juga,yang sering berbuat dosa dan juga masih bergantung harap padaNya.Persoalannya sekarang,manusia sering berharap pada sesuatu yang tidak pasti, yang tidak kekal dan bakal mengecewakan kita?.Sesungguhnya kepada Allah kita harus berharap dan bergantung sepenuhnya kerana segala apa yang terjadi di muka bumi ini adalah dengan keizinanNya,dengan kehendakNya,walha untuk mengangkat sebatang jari pun kita tidak mampu melainkan dengan keizinanNya.Jadi,kenapa tidak kita hanya berharap dan bergantung pada Allah yang pasti menjanjikan seribu erti kebahagiaan apabila hati kita terikat dengan cinta Allah.

Sesungguhnya, semanis-manis kehidupan ialah apabila hati kita terikat dengan pencipta kita, apabila hati kita nan satu diberi sepenuhnya pada Allah.Bukannya kita dilarang untuk bercinta tetapi gapailah cinta Allah sebelum cinta manusia kerana apabila kita serahkan segalanya pada Allah,InsyaAllah,Allah pasti akan temukan kita dengan pasangan yang terbaik buat kita yang juga mencintai Allah melebihi segalanya untuk kita sama-sama membina mahligai yang penuh dengan keberkatan.


“Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu jua lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik”


Ingatlah,itu janji Allah untuk setiap umatNya.Sesungguhnya,Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui segalanya yang terbaik buat setiap hambaNya sedangkan kita tidak mengetahui.Kita harus yakin bahawa Allah tidak akan sesekali menzalimi hambanNya yang taat berjihad dijalanNya.Kita juga harus yakin bahawa Allah tidak akan menjadikan sesuatu yang hanya sia-sia.


“Berikan hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya pada Allah, pasti Allah akan aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya”


Wahai sahabat sekalian,

Serahlah sepenuh hatimu hanya untuk Allah yang Maha Esa,hanya kepadanya kita bergantung dan berharap.InsyaAllah,senario seperti membunuh diri kerana terlalu kecewa tidak akan berulang sekiranya kita menyerahkan sepenuh jiwa kita hanya pada Allah dan bertawakkal kepadaNya.Ingatlah bahawa setiap apa yang terjadi di masa hadapan adalah berpandukan amalan seharian kita pada masa sekarang.Jadi,jagalah setiap amalan ibadat dan tingkah laku kita supaya sentiasa dalam redhaNya serta tidak ternodai oleh dosa kelalaian.Selain itu,peliharalah hati kita agar tidak dicemari oleh sifat-sifat yang boleh membawa kepada kemurkaanNya kerana hatilah yang memainkan peranan utama dalam setiap apa yang kita lakukan kerana hati nan satu ini juga manjadi penghubung utama kita dengan Allah s.w.t

Akhir kata,jejakilah cinta Allah sebelum cinta manusia kerana pasti kebahagiaan itu akan menjadi milikmu di dunia dan di akhirat.Bagi remaja,perjalanan hidup kita masih terlalu jauh untuk menuju matlamat yang jelas,janganlah biarkan jalan untuk menuju matlamat yang jelas dipenuhi dengan dosa kelalaian.Jadi lengkapkanlah dirimu dengan tarbiyah agar perjalanan hidup ini penuh dengan keberkatan dariNya.Ingatlah janji Allah…jodoh pertemuan ditanganNya,Dia yang Maha mengetahui siapa yang terbaik buatmu,sahabat….renungkanlah


“Kiranya tiada cinta insani untukmu,cukuplah cinta Allah yang menjadi penyuluh hidupmu,kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang juga mencintai Allah sebagaimana cintamu terhadapNya”



Mengemis kasih

Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Tuesday, July 27, 2010

JALAN MUJAHADAH- Wirdani

Bermula Langkah Kali Pertama
Ketika Terbuka Mata Seluasnya
Menyusur Terang Gelap Cahaya
Cabaran Menanti Di Sana

Arah Hidup Perlu Jelas
Berpandu Arah Tujunya
Berbekal Keazaman Yang
Tersemat Di Jiwa

Pahit Manis Suka Duka
Adalah Permainannya
Kejayaan Menanti Di Sana

Jalan Mujahadah Itu
Berliku-liku Haluannya
Terkadang Terpaksalah
Melawan Arusnya

Dengan Ketabahan Hati
Cerahlah Jalan Mengharungi
Cabaran Kehidupan
Di Alam Remaja

Perlu Teguh Pendirian
Berteraskan Kebenaran
Iman dan Taqwa Landasannya