Islamic Widget

Tuesday, September 7, 2010

Erti Cinta Althafunnisa


Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah
cuka jadi anggur,
...mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi
ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta...


" Sekalipun cinta telah kuuraikan
dan kujelaskan panjang lebar

namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri

meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang

sementara
pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta

dalam menguraikan cinta akal terbaring tak berdaya
bagaikan keledai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..!"

Sunday, September 5, 2010

rahmat ujian ^_^

Abu Hurairah r.a katanya: Ketika diturunkan ayat: مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ Yang bermaksud: Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu. Orang-orang Islam merasa amat sedih tetapi kemudiannya Rasulullah s.a.w bersabda: Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri. [HR Muslim: no 4671]


Lihat. Walau hanya tercucuk duri sekalipun, ia dikira sebagai kafarah dosa kita; meleburkan karat-karat dosa yang berlumuran dalam diri kita. Inikan lagi dengan dugaan, ujian, musibah dan kesusahan yang sedikit Allah timpakan kepada kita. Kerna itu, bersabarlah duhai hati...


itu tanda kasih sayangNya.
semakin diuji, semakin sayang Dia kepadamu.
hanya Dia yang tahu apa terbaik buatmu. ya, hanya Dia.
oleh itu, yakinlah.
yakin, yakin dan terus letakkan keyakinanmu itu kepadaNya. sepenuhnya.
Dia tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya. tidak akan, walau sekali.


lalu, bersangka baiklah kepadaNya.
pasti ada hikmah yg tersirat. pasti ada sesuatu yg berharga untukmu.
yakinlah.


bersangka baiklah kepadaNya.
usahamu bukan sia-sia.
jatuhmu bukan sia-sia.
gagalmu bukan sia-sia.
sakitmu bukan sia-sia.
deritamu bukan sia-sia.
dukamu bukan sia-sia.
susahmu bukan sia-sia.
bila kau tahu semuanya itu dariNya.
Tuhan yang menciptakan; kesenangan dan kesukaran, kebahagiaan dan kesedihan.


bersangka baiklah kepadaNya.
air matamu bukan sia-sia.
lelahmu bukan sia-sia.
peritmu bukan sia-sia.
letihmu bukan sia-sia.
penatmu bukan sia-sia.
bila kau lakukan sesuatu itu hanya keranaNya.


Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". [HR Bukhari]

Saturday, September 4, 2010

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Lailatul Qadr : Malam Misteri yang Dirindui Kedatangan



Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.

Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.

Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.

Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.

Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud:

"Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan"

(Surah al-Qadr, ayat 3).

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.
Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya:

Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah.

(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Hikmah dirahsiakan kehadirannya

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari."Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Fokus umat pada malam tersebut

Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah.

Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.

Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!

Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat

Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.

Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu'

[Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :

"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut.

(Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam,dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam

(sumber yang sama - 6342)."

Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang soleh, InsyaAllah.


iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

always be there with lyric by maher zain [HQ]

Sunday, August 15, 2010

Ujian tarbiyah dari Allah ^_________^


Assalamualaikum..
entry kali ni, ubat untuk nuraniku..
aku yg merasakan lemah menghadapi ujian dariNya..
aku yang kerdil ini..

inilah ubat jiwa kte..
pabila kte berasa sedih dan lemah..
kte kembali padaNya..
hanye padaNya tempat kte mengadu..


Ujian umpama guru yang tidak bercakap, tetapi sangat mengajar dan mendidik. Sama ada ujian itu kecil atau besar ia adalah takdir Allah. Semua ujian ada maksud tertentu tetapi kerana jahil, apabila ditimpa ujian secara langsung atau tidak, kita cepat melatah dan marah.

Justeru, kadang-kadang kita rasa Allah tidak adil atau sengaja menyusahkan kita. Kalau ujian datang dari orang, orang dendam, marah dan tidak menghormati kita, kita juga cepat dendam dan buruk sangka. Yang dahsyatnya hati kita buruk sangka pada Allah.

Nabi Muhammad s.a.w pernah dilontar dengan batu sampai berdarah ketika menyampaikan dakwah. Darah baginda s.a.w mengalir hingga ke kaki. Tapi baginda s.a.w tidak berdendam pada orang yang melakukannya. Kita pulak konon-kononnya berbangga menjadi umat baginda s.a.w, tapi bila diuji sikit je atau orang buat khianat, dah mula nak berdendam. Wallahu yuhibbussobirin. Renungkan...

Sebenarnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Jauh sekali takdir Allah untuk menyusahkan hamba-Nya. Ujian sebenarnya untuk melatih kita memiliki sifat-sifat terpuji seperti sabar, reda, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, supaya kita makin susah makin dekat dengan Allah, makin mengharap pada pertolongan Allah.

Cuba fikir, tentu kita suka bila orang lain luahkan masalah pada kita. Menunjukkan bahawa kita adalah orang yang dipercayai oleh orang tersebut. Suka x bila orang lain beri kepercayaan pada kita? Dah tentu jawapannya SUKA. TAPI!!!!!! Allah lagi suka bila kita ingat pada-Nya. Sebab itulah Allah selalu bagi ujian pada kita. Supaya kita sentiasa ingat pada-Nya. Kalau kita sentiasa senang, mungkin kita lupa pada Allah.

Ujian hidup juga mengajar kita merasai dunia hanya nikmat sementara. Ujian juga menanamkan akidah betapa berkuasa Allah. Apa kuasa Allah? Allah boleh memberi dan mengambil bila2 masa. Setiap ujian menunjukkan Allah boleh memberi dan mengambil di mana sahaja. Ujian juga mengajar kita membesarkan Allah, boleh memberi dan mengambil apa cara sekalipun.

Jadi, dengan ujian kita makin dekat dengan Allah. Dengan ujian juga menanam sikap supaya berasa diri berdosa. Sebab tu bila kita susah, kita biasa nya akan ingat pada Allah. Ingat Allah adalah satu rezeki malah satu ibadah. Senang dan kaya kadang-kadang membawa alpa, maka dengan ujian kita akan ingat pada Allah. Cuba renungkan... masa kita senang, adakah kita ingat pada Allah?

Ujian umpama guru, mengajar kita supaya tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala juga bentuk ujian kesalahan dan dosa yang kita lakukan diketahui ramai orang. Sebenarnya bukan untuk Allah menghina kita, tetapi untuk memberikan peringatan supaya kita bertaubat dan tidak meneruskan dosa itu. Memang kadang-kadang dosa itu sebenarnya pembalasan dan hukuman. Kita semua tahu setiap perbuatan dosa mesti dihukum sama ada di dunia atau akhirat.

Insan yang dikasihi Allah akan menerima hukuman di dunia dan Allah selamatkan di akhirat. Cara hukuman di dunia ada pelbagai, antaranya di datangkan kesusahan, kesedihan, penderitaan, kehilangan orang tersayang, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh, hilang kuasa dan macam-macam lagi ujian.

Sekiranya kita boleh bersabar dan reda, kita bukan saja makin hebat, malah dosa digugurkan dan kedudukan kita di sisi Allah makin tinggi. Kalau mengeluh, tidak reda, merungut dan memberontak akan menambahkan lagi dosa kita.

Begitulah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambanya. Bila Allah sayang pada seseorang, Allah akan bagi ujian. Makin sayang Allah pada seseorang, makin berat ujian Allah. Allah tidak hukum kita di akhirat kerana penderitaan di neraka berpuluh kali ganda lebih dahsyat.

Jadi kalau kita ditimpa kesusahan, anggaplah itu balasan yang menyelamatkan kita di akhirat. Kalau kita ditakdirkan miskin sebenarnya Allah nak latih diri kita sabar dan reda. Allah tidak takdirkan kita kaya sebab Allah sudah tahu kalau kita kaya, kita akan jadi sombong, bakhil dan mudah terdedah dengan dosa kekayaan. Pendek kata, orang mukmin apabila datang ujian mereka sabar, kalau miskin mereka reda, kalau menjadi pemimpin mereka berlaku adil, kalau menjadi pengikut mereka taat. Malah kalau dia bersalah, dia memohon maaf dan kalau tidak bersalah dia memberi maaf.




Kehidupan

Munsyid : In-Team

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam datangnya siang

Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan

Sebelum segalanya terlepas dari genggaman

Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan

Kelak akan membawa putus asa pada tuhan

Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali


Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan

Semuanya adalah nikmat dari tuhan



Friday, August 13, 2010

Wasiat Ali bin Abi Thalib ra kepada Hasan

salam'alaik..

ptg2 camni, setelah penat wat eseimen, dan jgak mengemas barang utk di pindah.. emm..dugaan Allah.. aku "dihalau kuar dri bilik by dis friday.. mahallah kate nk renovate bilik.. terpaksa la aku n rumet kuar menumpang bilik pipah n ang ^_^ tenkiu sooo much ang n pipah >*< sementara menunggu waktu azan, aku pun terbace artikel ni dri salah satu blog..
inginku kongsikan bersama sahabat2 ku ^_^


Wasiat Ali bin Abi Thalib ra kepada Hasan

Melihat ayahnya yang terluka di pembaringan, Hasan tak mampu membendung air matanya. Sang ayah kemudian berkata kepada putranya itu, “Anakku, pesanku, jagalah empat perkara, dan empat perkara yang lain!”


Apa perkara-perkara itu, wahai Ayahanda?” tanya Hasan. Ali ra menjawab, “Kekayaan yang tiada taranya adalah akal, kemiskinan yang paling buruk adalah kebodohan, kesepian yang paling baik adalah ujub, dan kemurahan yang teramat mulia ialah budi pekerti.”


Apa empat perkara yang lain?” tanya Hasan lagi. “Pertama, jangan sekali-kali engkau berteman dengan orang tolol karena jika ia ingin menguntungkanmu, ternyata ia malah mencelakakanmu. Kedua, jangan bersahabat dengan penipu kerana ia akan mendekatkan padamu sesuatu yang sebenarnya harus engkau jauhi, dan menjauhkan yang seharusnya kau dekati. Ketiga, jangan bergaul dengan si kikir karena ia akan menahan apa yang sangat kau butuhkan. Terakhir, jangan jadikan orang durhaka sebagai rekanmu kerana ia akan menjualmu dengan harga yang sangat rendah!”

Monday, August 9, 2010

RAMADHAN: BULAN RAHMAT, BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA


Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga.

Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya.
Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (2: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (2: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut: "Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga.

Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqamah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.
Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka.

Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.
Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian: Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian. Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan.

Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.
Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya.

Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".
Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur.

Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:
Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air. Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan:

"puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu".

Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak utk sume muslimin n muslimat..
moga Ramadahan kali ini lebih baik berbanding tahun lalu.. dan mungkin juga Ramadhan pada tahun ini adalah Ramadhan yg terakhir utk dri kta.. same2 mempertingkatkan amal ibadah kepadaNya dalam mengejar REDHA ILAHI..

Sunday, August 8, 2010

seandainya cinta itu nk diberi..


“Ya Rabbul izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seorang yang merindui syahid dijalanmu.Ya Allah, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihmu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihmu, janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan pada cinta hakiki dan pada rindu abadi hanya kepadaMU”

Indahnya hidup ini jika bait-bait doa di atas sentiasa meniti dibibir manusia yang mengharapkan cinta Allah sepenuh hati.Nikmatnya hidup ini jika semua manusia sedar bahawa cinta Allah lah yang hakiki dan kekal selamanya di dunia mahupun di akhirat kelak…Tapi kenapa hanya cinta manusia yang dikejar???

Setiap manusia pasti mempunyai rasa ingin mencintai dan dicintai kerana itu fitrah manusia yang dikurnia oleh Allah.Rasa cinta pasti wujud dalam hati kita tetapi yang menjadi persoalan sekarang,adakah kita mengerti hakikat sebenar cinta dalam erti kata kehidupan yang hanya sementara ini.Bila berbicara tentang cinta,pasti ada yang menguntum senyuman malah ada juga yang mempamerkan riak kesedihan.Namun adakah pengertiaaan mereka selaras dengan tuntutan islam mengenai cinta?

Bila ditanya tentang cinta,kebanyakan remaja menggambarkan cinta manusia semata-mata sedangkan cinta itu hanya sementara.Terlalu sedikit remaja ingin bercakap mengenai cinta Allah meskipun cinta inilah yang kekal dan pasti kita tidak bertepuk sebelah tangan apabila kita mencintai Allah kerana sesungguhnya Allah pasti mencintai dan menyayangi hambaNya yang memberi sepenuh hati kepadaNya.Ingatlah bahawa apabila kita mencintai Allah melebihi segalanya,apabila kita sentiasa dekat denganNya,apabila hati kita terikat denganNya,apabila amalan seharian kita ikhlas hanya kerana Allah dan hati kita nan satu diberikan sepenuhnya pada Allah.InsyaAllah, ketenangan, kegembiraan, kejayaan adalah milik kita kerana Allah sentiasa disisi dan sentiasa melindungi kita dalam apa jua keadaan samada kita dalam kesedihan atau kegembiraan serta yakinlah bahawa tidak akan terjadinya sesuatu melainkan dengan keizinanNya…tetapi sebaliknya,adakah anda pasti kekasih pengarang jantung kita akan sentiasa berada disisi kita apabila kita ditimpa kesusahan atau dalam kesedihan??kalangan kita selalu bercakap “kawan ketika gembira ramai,tetapi susah nak cari kawan tatkala kita dalam kesusahan”…RENUNGKANLAH


“Sesungguhnya, biarlah cinta Allah itu ditakluki sebelum cinta manusia dijejaki, agar persediaan itu ada, agar kebenaran itu nyata, agar keredhaan dapat dipupuk, agar kenyataan dapat diterima andai dugaan kasih menyapa”


Dalam realiti hidup ini, apabila remaja dilamun cinta manusia, kelalaiaan itu pasti menemani sehinggakan kita lupa pada Allah.Kadang-kadang sehingga membuatkan kita mengagungkan atau memuja kekasih hati yang hakikatnya mereka jua hanya manusia seperti kita juga,yang sering berbuat dosa dan juga masih bergantung harap padaNya.Persoalannya sekarang,manusia sering berharap pada sesuatu yang tidak pasti, yang tidak kekal dan bakal mengecewakan kita?.Sesungguhnya kepada Allah kita harus berharap dan bergantung sepenuhnya kerana segala apa yang terjadi di muka bumi ini adalah dengan keizinanNya,dengan kehendakNya,walha untuk mengangkat sebatang jari pun kita tidak mampu melainkan dengan keizinanNya.Jadi,kenapa tidak kita hanya berharap dan bergantung pada Allah yang pasti menjanjikan seribu erti kebahagiaan apabila hati kita terikat dengan cinta Allah.

Sesungguhnya, semanis-manis kehidupan ialah apabila hati kita terikat dengan pencipta kita, apabila hati kita nan satu diberi sepenuhnya pada Allah.Bukannya kita dilarang untuk bercinta tetapi gapailah cinta Allah sebelum cinta manusia kerana apabila kita serahkan segalanya pada Allah,InsyaAllah,Allah pasti akan temukan kita dengan pasangan yang terbaik buat kita yang juga mencintai Allah melebihi segalanya untuk kita sama-sama membina mahligai yang penuh dengan keberkatan.


“Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu jua lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik”


Ingatlah,itu janji Allah untuk setiap umatNya.Sesungguhnya,Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui segalanya yang terbaik buat setiap hambaNya sedangkan kita tidak mengetahui.Kita harus yakin bahawa Allah tidak akan sesekali menzalimi hambanNya yang taat berjihad dijalanNya.Kita juga harus yakin bahawa Allah tidak akan menjadikan sesuatu yang hanya sia-sia.


“Berikan hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya pada Allah, pasti Allah akan aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya”


Wahai sahabat sekalian,

Serahlah sepenuh hatimu hanya untuk Allah yang Maha Esa,hanya kepadanya kita bergantung dan berharap.InsyaAllah,senario seperti membunuh diri kerana terlalu kecewa tidak akan berulang sekiranya kita menyerahkan sepenuh jiwa kita hanya pada Allah dan bertawakkal kepadaNya.Ingatlah bahawa setiap apa yang terjadi di masa hadapan adalah berpandukan amalan seharian kita pada masa sekarang.Jadi,jagalah setiap amalan ibadat dan tingkah laku kita supaya sentiasa dalam redhaNya serta tidak ternodai oleh dosa kelalaian.Selain itu,peliharalah hati kita agar tidak dicemari oleh sifat-sifat yang boleh membawa kepada kemurkaanNya kerana hatilah yang memainkan peranan utama dalam setiap apa yang kita lakukan kerana hati nan satu ini juga manjadi penghubung utama kita dengan Allah s.w.t

Akhir kata,jejakilah cinta Allah sebelum cinta manusia kerana pasti kebahagiaan itu akan menjadi milikmu di dunia dan di akhirat.Bagi remaja,perjalanan hidup kita masih terlalu jauh untuk menuju matlamat yang jelas,janganlah biarkan jalan untuk menuju matlamat yang jelas dipenuhi dengan dosa kelalaian.Jadi lengkapkanlah dirimu dengan tarbiyah agar perjalanan hidup ini penuh dengan keberkatan dariNya.Ingatlah janji Allah…jodoh pertemuan ditanganNya,Dia yang Maha mengetahui siapa yang terbaik buatmu,sahabat….renungkanlah


Kiranya tiada cinta insani untukmu,cukuplah cinta Allah yang menjadi penyuluh hidupmu,kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang juga mencintai Allah sebagaimana cintamu terhadapNya”



Mengemis kasih

Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Tuesday, July 27, 2010

JALAN MUJAHADAH- Wirdani

Bermula Langkah Kali Pertama
Ketika Terbuka Mata Seluasnya
Menyusur Terang Gelap Cahaya
Cabaran Menanti Di Sana

Arah Hidup Perlu Jelas
Berpandu Arah Tujunya
Berbekal Keazaman Yang
Tersemat Di Jiwa

Pahit Manis Suka Duka
Adalah Permainannya
Kejayaan Menanti Di Sana

Jalan Mujahadah Itu
Berliku-liku Haluannya
Terkadang Terpaksalah
Melawan Arusnya

Dengan Ketabahan Hati
Cerahlah Jalan Mengharungi
Cabaran Kehidupan
Di Alam Remaja

Perlu Teguh Pendirian
Berteraskan Kebenaran
Iman dan Taqwa Landasannya