Islamic Widget

Monday, June 4, 2012

TAWAKKAL




Alhamdulliah, exam dah habis. Tinggal OSPE je lusa.habis je exam, pen pun abih dakwat, pensel tekan-tekan pun terus rosak.xpe, yang penting Allah dah permudahkan urusan saya. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah bertawakkal kepada Allah.

Teringat saya kepada kata-kata naqibah saya, nilaian manusia tak sama dengan nilaian Allah. Manusia menilai kita hanya time exam je, only a given period. Manusia menilai kita dengan mengukur result kita. Tapi Allah menilai kita dengan usaha kita, a long perid since we put our effort into this (it's like we do a cohort study la, follow-up kan).  Allah tak pernah sekali pun missed dalam menilai kita. Tak pernah missed walaupun satu point. 

Jadi, pentingkanlah nilaian Allah berbanding nilaian manusia. Sudah tentu terlalu banyak beza pada nilaian itu. Denagn meletakkan harapan yang penuh pada nilaian Allah, bererti kita tawakal padaNya. bererti kita bergantung harap, percaya sepenuhNya kepadaNya. walau apa pun result yang kita dapat, kita tetap yakin dan percaya pada taqdirNya. Keyakinan dan kepercayaan itulah asas kekuatan iman kita. 

Bukan result yang tinggi yang perlu kita kejar, supaya manusia boleh memandang tinggi pada kita. Bukan dengan penilaian manusia kita boleh yakin kita boleh hidup berjaya di dunia, apatah lagi diakhirat. Tapi, denagn usaha yang kita letakkan, supaya Allah jadikan setiap saat usaha yang kita letakkan sebagai tanaman untuk kita bercucuk tanam untuk saham akhirat nanti. 


Jadi, perlu diingat, dalam setiap usaha kita, perlu dimulakan dengan niat kerana Allah, diringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Baginda berpesan lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menerima sesuatu amalan itu melainkan ia dilakukan dengan ikhlas (jujur) semata-mata kerana-Nya saja.” (Hadis riwayat An-Nasa’i) . Kemudian, bertawakallah kepada Allah. Percaya kepadaNya dan taqdirNya. 



“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya” (Ath- Thalaq: 3)


Allahua'lam. doakan saya lulus OSPE dgn cemerlang ye Rabu ni :)







Friday, June 1, 2012

Hukum Newton Pertama


Ramai pasti mengetahui bahawa Sir Isaac Newton merupakan salah seorang saintis paling berpengaruh di muka bumi ni. Diantara teori hebat yang pernah disebut oleh beliau adalah HUKUM GERAKAN NEWTON PERTAMA yang menyatakan bahawa : “setiap objek akan kekal dalam keadaan  asalnya, sama ada bergerak atau terus bergerak, atau pegun hidup segan mati tak mahu, selagi tiada daya luar bertindak ke atasnya”

Ertinya, dalam kehidupan ini, akan kekal di dalam keadannya sekarang, andai tiada daya luar atau momentum yang dikenakan ke atasnya. 
Basikal akan terus bergerak, selagi daya dalam bentuk geseran yang terhasil dari brek tidak menghentikan pergerakannya.Sebiji bola pula akan kekal pegun, selagi Cristiano Ronaldo, atau lionel Messi, atau Safee Sali tidak menghadiahkan daya dalam bentuk sepakan kepadanya.Yang hitam akan terus hitam, yang putih akan terus putih , hidup akan terasa hambar, tanpa adanya daya atau momentum yang diketengahkan ke atas kanvas bernama kehidupan.

Jadi, wajarlah Allah yang Maha Mengetahui, telah mendahului  Newton dalam perihal ini, firmanNya, “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri”. Ertinya, sebuah umat Islam itu tidak akan kekal di dalam keadannya, andai mereka tidak mengenakan “daya” dan “momentum” untuk mengubah kisah sedih kehinaan nasib mereka.

Usahlah mendamba untuk menjadi umat yang terbaik, andai usaha-usaha tarbiyah dan penyedaran umat tidak dilakukan secara intensif. Usah pula berharap tertubuhnya sebuah Negara Islam, andai maksiat dan penyelewengan masih dibiarkan berleluasa dan bermaharajalela. Usah merindu pertolongan Allah, andai umat tidak berusaha agar layak untuk mendapatkannnya. Apakah kemenangan akan datang, kemuliaan menjengah, dan kebahagiaan mengabadi, sedang insane tiada langsung kesungguhan dan pengorbanan untuk mendapatkannya?

Apakah anda kira, dengan hanya bermimpi, dan berangan, itulah momentum perubahan? Bukannya hidup yang dipenuhi air mata dan darah berkat daripada pengorbanan. Apakah anda meragui betapa hidup ini satu perjuangan. Sedang nas-nas Al-Qur’an juga nas-nas saintifik kelolaan Newton, kedua-duanya telah menyepakati keperluannya?

“Apakah kau kira bahawa kamu semua akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu apa yang dilalui oleh orang-orang yang sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncang (pendirian) mereka, sehingga berkatalah Ar-Rasul dan orang- orang beriman bersamanya, “bilakah akan datang pertolongan Allah?” ingatlah, pertolongan Allah amat dekat. (Al-Baqarah:214)
Marilah berikan masa kita untuk Islam, seperti mana masa yang kita berikan untuk memenuhi tuntutan kehidupan, agar masa-masa yang kita berikan itu menjadi “momentum’ yang meniupkan angin perubahan kepada nasib malang umat Islam yang kian berpanjangan. Dan newton pun tersenyum riang, kerana kita memahami teori yang dikemukakan J

Rujukan: Majalah Jom Isu 1

pesanan penaja:
buatlah perubahan dalam diri kita..jadikan setiap hari kita lebih baik daripada semalam..

hadis nabi ada mengatakan,

Barang siapa amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.
Barang siapa amalannya hari ini sama dengan yang semalam,dia orang yang rugi.
Dan barang siapa amalannya hari ini lebih buruk dari semalam,dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T..



jom sama-sama tingkatkan paradigma diri...tp ingat perubahan itu mestilah dimulakann dgn niat yg baik..insyaAllah Allah permudahkan..

Jom Jadi Baik~