Ramai pasti
mengetahui bahawa Sir Isaac Newton merupakan salah seorang saintis paling
berpengaruh di muka bumi ni. Diantara teori hebat yang pernah disebut oleh
beliau adalah HUKUM GERAKAN NEWTON PERTAMA yang menyatakan bahawa : “setiap
objek akan kekal dalam keadaan asalnya,
sama ada bergerak atau terus bergerak, atau pegun hidup segan mati tak mahu,
selagi tiada daya luar bertindak ke atasnya”
Ertinya, dalam
kehidupan ini, akan kekal di dalam keadannya sekarang, andai tiada daya luar
atau momentum yang dikenakan ke atasnya.
Basikal akan terus bergerak, selagi
daya dalam bentuk geseran yang terhasil dari brek tidak menghentikan
pergerakannya.Sebiji bola pula akan kekal pegun, selagi Cristiano Ronaldo, atau
lionel Messi, atau Safee Sali tidak menghadiahkan daya dalam bentuk sepakan
kepadanya.Yang hitam akan terus hitam, yang putih akan terus putih , hidup akan
terasa hambar, tanpa adanya daya atau momentum yang diketengahkan ke atas
kanvas bernama kehidupan.
Jadi, wajarlah
Allah yang Maha Mengetahui, telah mendahului Newton dalam perihal ini, firmanNya, “
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak
mengubah nasib mereka sendiri”. Ertinya, sebuah umat Islam itu tidak akan kekal
di dalam keadannya, andai mereka tidak mengenakan “daya” dan “momentum” untuk
mengubah kisah sedih kehinaan nasib mereka.
Usahlah mendamba
untuk menjadi umat yang terbaik, andai usaha-usaha tarbiyah dan penyedaran umat
tidak dilakukan secara intensif. Usah pula berharap tertubuhnya sebuah Negara
Islam, andai maksiat dan penyelewengan masih dibiarkan berleluasa dan
bermaharajalela. Usah merindu pertolongan Allah, andai umat tidak berusaha agar
layak untuk mendapatkannnya. Apakah kemenangan akan datang, kemuliaan
menjengah, dan kebahagiaan mengabadi, sedang insane tiada langsung kesungguhan
dan pengorbanan untuk mendapatkannya?
Apakah anda kira,
dengan hanya bermimpi, dan berangan, itulah momentum perubahan? Bukannya hidup
yang dipenuhi air mata dan darah berkat daripada pengorbanan. Apakah anda
meragui betapa hidup ini satu perjuangan. Sedang nas-nas Al-Qur’an juga nas-nas
saintifik kelolaan Newton, kedua-duanya telah menyepakati keperluannya?
“Apakah kau kira
bahawa kamu semua akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu apa
yang dilalui oleh orang-orang yang sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan
kesengsaraan, serta digoncang (pendirian) mereka, sehingga berkatalah Ar-Rasul
dan orang- orang beriman bersamanya, “bilakah akan datang pertolongan Allah?”
ingatlah, pertolongan Allah amat dekat. (Al-Baqarah:214)
Marilah berikan
masa kita untuk Islam, seperti mana masa yang kita berikan untuk memenuhi
tuntutan kehidupan, agar masa-masa yang kita berikan itu menjadi “momentum’
yang meniupkan angin perubahan kepada nasib malang umat Islam yang kian
berpanjangan. Dan newton pun tersenyum riang, kerana kita memahami teori yang
dikemukakan J
Rujukan: Majalah Jom Isu 1
pesanan penaja:
buatlah perubahan dalam diri kita..jadikan setiap hari kita lebih baik daripada semalam..
hadis nabi ada mengatakan,
Barang siapa amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.
Barang siapa amalannya hari ini sama dengan yang semalam,dia orang yang rugi.
Dan barang siapa amalannya hari ini lebih buruk dari semalam,dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T..
jom sama-sama tingkatkan paradigma diri...tp ingat perubahan itu mestilah dimulakann dgn niat yg baik..insyaAllah Allah permudahkan..
No comments:
Post a Comment