Islamic Widget

Thursday, July 5, 2012

YaRabb sekiranya jodoh aku jauh,Kau dekatkanlah!



Maka Berdoalah!

Ya Allah sekiranya jodoh aku jauh, kau dekatkanlah. Sekiranya jodoh aku sukar, Kau permudahkanlah dan jodohkanlah aku dengan lelaki yang soleh.

Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohku, maka jauhkanlahku daripadanya. Serta peliharalah daku dari kekecewaan andai dia bukan jodohku.

Yakinlah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kita sebagai umat Islam dan percaya bahawa doa adalah senjata bagi orang mukmin. Kerana dengan doalah dapat mengubah takdir yang telah ditentukan keatas diri kita dengan keizinan dariNya.
Firman Allah : “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…” ( Al-Ghafir: 60)

Berdoalah dengan setulus hati dan bersungguh-sungguh kerana kita yakin bahawa jodoh itu di tangan Allah, kita sebagai hambanya wajib berusaha sedaya yang mungkin.

Ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah jika kami kekadang leka untuk mengingatiMu Ya Allah dan bukan hanya ketika ini sahaja mengigatiMu.

Kalau tiba masanya, jodoh tidak akan kemana.
Memang benar dan pasti bahawa jodoh dan pertemuan kita itu takdir ketentuan dari Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar.

Na’am. Ikhtiar,usaha dan munajat serta titipan doa tiada habis-habisnya dipohon kepadaNya. Tak usah membandingkan diri ini dengan orang lain, kerana Allah pasti serta akan  memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNya, meski kita tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana  memikirkan siapa kiranya pasangan hidup. Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dalam malam tahajud cinta denganNya.

Bertahajudlah memohon dariNya.

Jadikan hidup ini selalu penuh dengan sangka baik kepadaNya. Bersiaplah menghadapi putaran waktu serta masa, hingga setiap gerak langkah serta  nafas adalah dikira sebagai ibadah disisi Allah.


Sabarlah andainya pencarianmu belum juga dipertemukanmu dengan jodoh tersebut, mungkin penantian ini adalah ujian keatas ketaqwaanmu, mujahadahlah dan istiqamahlah di jalan-Nya.

Khusyu’ dalam berdoa serta berharap kepada Allah bahawa doa kita pasti dikabulkanNya. Cepat atau lambat?

Itu urusan Allah yang mahu melihat hambanya itu betul-betul berdoa kepadanya.

Semoga Allah memperkenankan doa-doa kita. Allahuma amin..
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment