Islamic Widget

Sunday, September 9, 2012
Thursday, July 5, 2012
YaRabb sekiranya jodoh aku jauh,Kau dekatkanlah!
Maka Berdoalah!
Ya Allah sekiranya jodoh aku jauh, kau dekatkanlah.
Sekiranya jodoh aku sukar, Kau permudahkanlah dan jodohkanlah aku dengan lelaki
yang soleh.
Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya
dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohku, maka jauhkanlahku daripadanya.
Serta peliharalah daku dari kekecewaan andai dia bukan jodohku.
Yakinlah bahawa lelaki yang baik untuk wanita
yang baik.
Kita sebagai umat Islam dan percaya bahawa doa adalah
senjata bagi orang mukmin. Kerana dengan doalah dapat mengubah takdir yang
telah ditentukan keatas diri kita dengan keizinan dariNya.
Firman Allah : “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah)
akan memperkenankan doa permohonan kamu…” ( Al-Ghafir: 60)
Berdoalah dengan setulus hati dan
bersungguh-sungguh kerana kita yakin bahawa jodoh itu di tangan Allah, kita
sebagai hambanya wajib berusaha sedaya yang mungkin.
Ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah jika kami
kekadang leka untuk mengingatiMu Ya Allah dan bukan hanya ketika ini sahaja
mengigatiMu.
Kalau tiba masanya, jodoh tidak akan kemana.
Memang benar dan pasti bahawa jodoh dan pertemuan
kita itu takdir ketentuan dari Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha
dan iktiar.
Na’am. Ikhtiar,usaha dan munajat serta titipan
doa tiada habis-habisnya dipohon kepadaNya. Tak usah membandingkan diri ini
dengan orang lain, kerana Allah pasti serta akan memberikan yang terbaik untuk
setiap hambaNya, meski kita tidak menyedarinya.
Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung
malam kerana memikirkan siapa kiranya pasangan hidup. Menangislah kerana
air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dalam malam tahajud cinta
denganNya.
Bertahajudlah memohon dariNya.
Jadikan hidup ini selalu penuh dengan sangka baik
kepadaNya. Bersiaplah menghadapi putaran waktu serta masa, hingga setiap gerak
langkah serta nafas adalah dikira sebagai ibadah disisi Allah.
Sabarlah andainya pencarianmu belum juga dipertemukanmu dengan jodoh tersebut, mungkin penantian ini adalah ujian keatas ketaqwaanmu, mujahadahlah dan istiqamahlah di jalan-Nya.
Khusyu’ dalam berdoa serta berharap kepada Allah
bahawa doa kita pasti dikabulkanNya. Cepat atau lambat?
Itu urusan Allah yang mahu melihat hambanya itu
betul-betul berdoa kepadanya.
Semoga Allah memperkenankan doa-doa kita.
Allahuma amin..
Wallahualam.
Wednesday, July 4, 2012
KEPENTINGAN TAWAKAL DALAM HIDUP KITA :)
Tawakal secara bahasa beerti berserah
diri, memperayakan diri, atau mewakilkan. Mururut syariah, tawakal bermakna
mempercayakan diri kepada Allah dalam melaksanakan suatu rancangan, bersandar
kepada kekuatanNya dalam melaksanakan suatu pekerjaan, dan berserah diri di
bawah perlindunganNya pada waktu menghadapi kesukaran.
Tawakal berkaitan dengan sebuah rencana
yang tetap atau kemahuan yang disertai dengan ikhtiar dalam melaksanakan
rencana itu. Ikhtiar dilakukan dalam rangka memenuhi aturan atau sunnatulah
dengan tetap berkeyakinan bahawa yang menentukan hasilnya adalah Allah. Allah
berfirman:
“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada
Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya” (Ath- Thalaq: 3)
Kekeliruan yang sering terjadi dalam mendefinisikan tawakal adalah berdiam diri tanpa ikhtiar sama sekali.
Banyak dalil dalam Al-Qur’an dan hadith yang menjelaskan pentingnya ikhtiar, usaha, dan bekerja. Sikap tawakal seharunya muncul dalam proses ikhtiar, iaitu after put as much effort as u can, and then u will get the result, banyak ataupun sedikit. Dalam sebuah hadith digambarkan:
“telah datang kepada Rasulullah seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang dikendarainya terlepas begitu saja dipintu masjid, tanpa ditambatkan terlebih dahulu. Dia bertanya: “ Ya Rasulullah! Apakah unta itu saya tambatkan lebih dahulu kemudian saya tawakan, atau saya lepaskan begitu sahaja dan sesudah itu saya tawakal?” Rasulullah menjawab, “ Tambatkan lebih dahulu dan kemudian bertawakallah engkau!”
Tawakal termasuk pekerjaan hati dalam menghadapi sesuatu persoalan atau pekerjaan, dimana manusia merasa bahawa dengan kekuatan sendiri tidak akan sanggup menghadapinya tanpa bersandar kepada kekuatan Allah. Bentuk penyataan dari keyakinan tersebut dipancarkan keluar dengan mengucapkan “ Hasbiyallah wa ni’mal wakiil” (Allah cukup bagiku dan Dia sebaik-baik Penjaga), “La hawla wa laa quwwata illa billaah” (Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah)
Penerapan tawakal pada prinsipnya meliputi segala urusan dan pekerjaan yang baik dan segala urusan dan pekerjaan yang baik dan segala keadaan yang sulit. Bila segalanya dipersiapkan dengan matang, maka selainnya diserahkan kepada ketentuan Allah. Dia yang Maha Bekehendak dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
“Apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati maka bertawakallah kepada Allah” (Al-Imran:159)
Dalam kegiatan ekonomi dan berusaha mencari rezeki untuk
memenuhi keperluan hidup, hendaklah disertai dengan tawakal.(p/s: ayat dibawah
dikenali jgak sbg ayat seribu dinar, adalah digalakkan untuk kita
mengamalkannya)
“Siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan), dan akan diberikan rezeki dari jalan yang ia tidak diduga, kerana barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya yang dikehendakiNya”(Ath-Thalaq:2-3).
Sewaktu menghadapi musuh dalam peperangan, setelah
mempersiapkan segala kelengkapan perang dan mengatur taktik dan strategi yang
jitu, disertai dengan kekuatan mental, dan bertawakal kepada Allah. Disebalik
kekuatan alat, otot, dan otak harus dilandasi dengan kekuatan hati. Demikian
sikap tawakal yang telah dihayati oleh tentera Islam dalam pelbagai perang,
antara lain perang Ahzab.
“dan ketika mukminin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, “Inilah dia yang dijanjikan kepada kita oleh Allah dan RasulNya, dan benar Allah dan RasulNya. Dan tiadalah menambah bagi mereka melainkan iman dan penyerahan diri (kepada Allah)” (Al-Ahzab:22).
Ketika menghadapi bencana dan bahaya yang akan menimpa juga
diperlukan tawakal. Pada saat-saat genting, ketika harta dan kawan tidak dapat
lagi memberikan pertolongan, maka Allah boleh menolong dan menyelamatkan orang
yang bertawakal. Diriwayatkan daripada Ibnu “Abbas bahawaNabi pernah bersabda:
“akhir kalimat yang diucapkan oleh Ibrahim ketika dicampakkan kedalam api adalah : Hasbiyallah wa ni’mal wakiil”.
Ketika hendak tidur pun, dimana kita kehilangan kekuatan dan
tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang waktu tidur, maka hendaklah kita
bertawakal kepada Allah, mempercayakan diri dalam perlindunanNya, sebagaimana
doa yang diajarkan oleh Rasulullah,
“Ya Allah, aku menyerahkan diri kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, dan aku menyerahkan kekuatanku kepadaMu, kerana takut dan cinta kepadaMu. Tidak ada tempat berlindung dan tidak ada tempat lari melainkan kepadaMu. Aku percaya kitab yang Engkau turunkan dan nabi yang Engkau utus” (HR Bukhari)
Banyak rahsia hidup yang tidak kita ketahui. Kerananya, kepada
Allah sajalah kita berharap kurnia. Kita memang boleh berhitung, tentang apa
saja. Juga tentang hidup yang berliku-liku ini. Tetapi, hidup tidak selamanya
berjalan dalam hitungan biostatistics yang boleh kita kira P-value untuk melihat significance level sama ada reject null hypothesis
atau tak, bukan juga hidup ini semudah kita measure incidence and prevalance
seperti dalam epidemiology.
Tetapi, ada ruang lain yang harus kita yakini dalam hidup kita
keseluruhannya, iaitu kekuasaan Allah. Itulah ruang yang perlu kita penuhi.
Kita semua adalah hamba Allah Yang Maha Kuasa. Kerananya kita perlu pada
kekuatan, pertolongan dan dukungan Allah. Tidak ada yang boleh hidup tanpa pertolongan
Allah. Allah berfirman,
“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu. Dan jika Allah membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan), maka siapakah yang dapat menolong kamu (selain dari Allah) sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sajalah orang-orang mukmin bertawakal” (Al-Imran:160).
Monday, June 4, 2012
TAWAKKAL
Alhamdulliah, exam dah habis. Tinggal OSPE je lusa.habis je exam, pen pun abih dakwat, pensel tekan-tekan pun terus rosak.xpe, yang penting Allah dah permudahkan urusan saya. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah bertawakkal kepada Allah.
Teringat saya kepada kata-kata naqibah saya, nilaian manusia tak sama dengan nilaian Allah. Manusia menilai kita hanya time exam je, only a given period. Manusia menilai kita dengan mengukur result kita. Tapi Allah menilai kita dengan usaha kita, a long perid since we put our effort into this (it's like we do a cohort study la, follow-up kan). Allah tak pernah sekali pun missed dalam menilai kita. Tak pernah missed walaupun satu point.
Jadi, pentingkanlah nilaian Allah berbanding nilaian manusia. Sudah tentu terlalu banyak beza pada nilaian itu. Denagn meletakkan harapan yang penuh pada nilaian Allah, bererti kita tawakal padaNya. bererti kita bergantung harap, percaya sepenuhNya kepadaNya. walau apa pun result yang kita dapat, kita tetap yakin dan percaya pada taqdirNya. Keyakinan dan kepercayaan itulah asas kekuatan iman kita.
Bukan result yang tinggi yang perlu kita kejar, supaya manusia boleh memandang tinggi pada kita. Bukan dengan penilaian manusia kita boleh yakin kita boleh hidup berjaya di dunia, apatah lagi diakhirat. Tapi, denagn usaha yang kita letakkan, supaya Allah jadikan setiap saat usaha yang kita letakkan sebagai tanaman untuk kita bercucuk tanam untuk saham akhirat nanti.
Jadi, perlu diingat, dalam setiap usaha kita, perlu dimulakan dengan niat kerana Allah, diringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Baginda berpesan lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menerima sesuatu amalan itu melainkan ia dilakukan dengan ikhlas (jujur) semata-mata kerana-Nya saja.” (Hadis riwayat An-Nasa’i) . Kemudian, bertawakallah kepada Allah. Percaya kepadaNya dan taqdirNya.
“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya” (Ath- Thalaq: 3)
Friday, June 1, 2012
Hukum Newton Pertama
Ramai pasti
mengetahui bahawa Sir Isaac Newton merupakan salah seorang saintis paling
berpengaruh di muka bumi ni. Diantara teori hebat yang pernah disebut oleh
beliau adalah HUKUM GERAKAN NEWTON PERTAMA yang menyatakan bahawa : “setiap
objek akan kekal dalam keadaan asalnya,
sama ada bergerak atau terus bergerak, atau pegun hidup segan mati tak mahu,
selagi tiada daya luar bertindak ke atasnya”
Ertinya, dalam
kehidupan ini, akan kekal di dalam keadannya sekarang, andai tiada daya luar
atau momentum yang dikenakan ke atasnya.
Basikal akan terus bergerak, selagi
daya dalam bentuk geseran yang terhasil dari brek tidak menghentikan
pergerakannya.Sebiji bola pula akan kekal pegun, selagi Cristiano Ronaldo, atau
lionel Messi, atau Safee Sali tidak menghadiahkan daya dalam bentuk sepakan
kepadanya.Yang hitam akan terus hitam, yang putih akan terus putih , hidup akan
terasa hambar, tanpa adanya daya atau momentum yang diketengahkan ke atas
kanvas bernama kehidupan.
Jadi, wajarlah
Allah yang Maha Mengetahui, telah mendahului Newton dalam perihal ini, firmanNya, “
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak
mengubah nasib mereka sendiri”. Ertinya, sebuah umat Islam itu tidak akan kekal
di dalam keadannya, andai mereka tidak mengenakan “daya” dan “momentum” untuk
mengubah kisah sedih kehinaan nasib mereka.
Usahlah mendamba
untuk menjadi umat yang terbaik, andai usaha-usaha tarbiyah dan penyedaran umat
tidak dilakukan secara intensif. Usah pula berharap tertubuhnya sebuah Negara
Islam, andai maksiat dan penyelewengan masih dibiarkan berleluasa dan
bermaharajalela. Usah merindu pertolongan Allah, andai umat tidak berusaha agar
layak untuk mendapatkannnya. Apakah kemenangan akan datang, kemuliaan
menjengah, dan kebahagiaan mengabadi, sedang insane tiada langsung kesungguhan
dan pengorbanan untuk mendapatkannya?
Apakah anda kira,
dengan hanya bermimpi, dan berangan, itulah momentum perubahan? Bukannya hidup
yang dipenuhi air mata dan darah berkat daripada pengorbanan. Apakah anda
meragui betapa hidup ini satu perjuangan. Sedang nas-nas Al-Qur’an juga nas-nas
saintifik kelolaan Newton, kedua-duanya telah menyepakati keperluannya?
“Apakah kau kira
bahawa kamu semua akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu apa
yang dilalui oleh orang-orang yang sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan
kesengsaraan, serta digoncang (pendirian) mereka, sehingga berkatalah Ar-Rasul
dan orang- orang beriman bersamanya, “bilakah akan datang pertolongan Allah?”
ingatlah, pertolongan Allah amat dekat. (Al-Baqarah:214)
Marilah berikan
masa kita untuk Islam, seperti mana masa yang kita berikan untuk memenuhi
tuntutan kehidupan, agar masa-masa yang kita berikan itu menjadi “momentum’
yang meniupkan angin perubahan kepada nasib malang umat Islam yang kian
berpanjangan. Dan newton pun tersenyum riang, kerana kita memahami teori yang
dikemukakan J
Rujukan: Majalah Jom Isu 1
pesanan penaja:
buatlah perubahan dalam diri kita..jadikan setiap hari kita lebih baik daripada semalam..
hadis nabi ada mengatakan,
Barang siapa amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.
Barang siapa amalannya hari ini sama dengan yang semalam,dia orang yang rugi.
Dan barang siapa amalannya hari ini lebih buruk dari semalam,dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T..
jom sama-sama tingkatkan paradigma diri...tp ingat perubahan itu mestilah dimulakann dgn niat yg baik..insyaAllah Allah permudahkan..
Jom Jadi Baik~
Subscribe to:
Posts (Atom)